1.2.2 PENDUDUKAN BELANDA
- Pada tahun 1559 ,
ekspedisi Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu . Selepas tahun
tersebut , semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di
Kepulauan Melayu , terutama untuk mendapatkan rempah-ratus , buah pala dan
kayu cengkih . Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang
Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde
Oost-Indische Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602 .
- Tujuan utama
penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan
Melayu dan memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan
memonopoli perdagangan bijih timah . Untuk mencapai tujuan ini , Belanda
perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam
Melayu .
Belanda di Melaka
- Pada tahun 1619 ,
Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa .Betawi telah dijadikan
pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh
dunia .Lama -kelaman ,situasi ini telah menyebabkan kemerosotan populariti
Portugis di Melaka
- Belanda telah
beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi
memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali
.Tindakan ini menarik pedagang -pedangan asing dan serantau ke Betawi ,
Ilustrasi peta
dan penjajahn Belanda di Melaka
- Akhirnya pada
tahun 1641 ,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan
kerajaan Johor.
- Selepas menguasai
Pelabuhan Melaka ,Belanda ( V. O .C ) telah melaksanakan beberapa
dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut .
- Mewajibkan setiap kapal
pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang di Melaka .
- Memonopoli perdagangan
bijih timah di negeri -negeri Melayu ( terutama di Perak ,Selangor dan
Sungai Ujong ) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja
Melayu .
- Ketika menduduki Melaka ,
Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu
berjumlah 500 ribu paun pada akhir abab ke -17 hingga ke-18 .Dagangan
timah sememangnya sangat berkembang pada era ini .Pedagang Cina dikatakan
amat meminati timah-timah dari Tanah Melayu yang disebut lebih mudah
ditempa berbanding dengan timah dari Barat .
Bangunan
Stadhuys di Melaka