Dutch National Song

Saturday, 19 September 2015

Belanda di Perak

 Belanda di Perak 

  1. Perjanjian supaya diperbaharui . 
  2. Memonopoli bijih timah sepenuhnya . 
  3. Menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji . 
  4. Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini .
  • Sultan tidak melayani tuntutan ini . Akibatnya , Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh . Akhirnya , sultan menandatangani perjanjian dengan Belanda pada tahun 20 Jun 1659 menetapkan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 30 rial sebahara . 
  • Belanda membina semula lojinya di Perak . Oleh sebab harga yang ditawarkan Belanda masih rendah , perdagangan dengan pedagang luar masih berlaku sehingga akhirnya Belanda terpaksa menutup kembali lojinya.
  • Pada tahun 1670,Belanda membina kota di Pulau Pangkor .Perak menyerang kota Belanda pada tahun 1676-1677,namum Belanda terus mengukuhkan  kedudukanya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak .Melalui usaha ini,Belanda berjaya membawa sebanyak 450 ribu paun timah dari Perak ke Melaka
  • Pada tahun 1690,kota dan loji Belanda terpaksa ditutup kerana diserang oleh pemimpin -pemimpin Perak. Namum , mereka kembali dan cuba mengukuhkan kekuatan Dinding.Pada pertengahan abab ke-18, Belanda kembali ke perak dan menduduki Pangkor.Akibat satu perjanjian satu pertikaianyang tercetus antara Sultan Muzaffar dengan saudaranya, baginda telah membenarkan Belanda berdagang di Perak dan membina kubu di Pangkor dengan syarat Belanda memberikan perlindungan kepada baginda daripada Bugis
  • Hasilnya , satu perjanjian ditandatangani pada 25 Jun 1747 dan Belanda diberi kebebasan berniaga timah Perak . Belanda juga mengukuhkan kedudukan  melalui pembinaan sebuah loji di Pangkalan Halban , Tanjung Putus bagi menggantikan pangkalan mereka di Dinding sebelum ini .
  • Belanda turut membina kubu daripada kayu yang dikelilingi terusan selebar 12 kaki dan diletakkan pucuk meriam . Pengukuhan Belanda di Perak juga dibuktikan dengan jumlah pegawai yang ditempatkan , iaitu seorang pesuruhjaya , seorang sarjan , seorang koperal , 33 orang tentera , seorang pembantu doktor dan beberapa pegawai lain . Belanda menetapkan harga 30 rial bagi sebehara timah . 
  • Dasar berkerjasama dengan Belanda kemudian diteruskan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain . 
  • Ketika Perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1765-1773) , perjanjian Perak-Belanda (V.O.C) ditandatangani pada 17 Oktober 1765 . Belanda diwakili oleh Everald Cramer . 
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal ini antaranya menyebut sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda (monopoli) dengan harga 34 rial sebahara . Di samping itu , sultan juga bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan (dengan kata lain , penjualan kepada pihak selain Belanda) dan sesiapa yang melanggarnya boleg ditangkap . 
  • Belanda terus berusaha mendapatkan harga yang lebih rendah . Melalui residennya di Perak , iaitu Johan Hensel , mereka cuba mendapatkan harga 30 rial tetapi tidak dipersetujui Sultan Mahmud . Namun  , apabila takhta Perak dipegang oleh Sultan Alauddin Mansur Syah , baginda bersetuju menurunkan harga kepada 32 rial . 
  • Apabila takhta Perak diambil alih oleh Sultan Ahmadin Syah , baginda menaikkan semula harga timah kepada 34 rial sebahara . Belanda dan V.O.C semakin tertekan apabila pentadbiran Perak dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat . Baginda menaikan harga timah kepada 44 rial sebahara . Namun , akhirnya loji Belanda di Tanjung Putus terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-Surat Kew dan status V.O.C yang dibubarkan

No comments:

Post a Comment