Dutch National Song

Saturday 19 September 2015

KEDUDUKAN BELANDA





1.2.2 PENDUDUKAN BELANDA
  • Pada tahun 1559 , ekspedisi Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu . Selepas tahun tersebut , semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu , terutama untuk mendapatkan rempah-ratus , buah pala dan kayu cengkih . Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602 .
  • Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah . Untuk mencapai tujuan ini , Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam Melayu .

Belanda di Melaka


      Belanda di Melaka
  • Pada tahun 1619 , Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa .Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia .Lama -kelaman ,situasi ini telah menyebabkan kemerosotan populariti Portugis di Melaka 
  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka  bagi  memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali .Tindakan ini menarik pedagang -pedangan asing dan serantau ke Betawi ,
  
                                               Ilustrasi  peta  dan penjajahn Belanda di Melaka

  • Akhirnya pada tahun 1641 ,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.
  • Selepas menguasai Pelabuhan Melaka ,Belanda ( V. O .C ) telah melaksanakan  beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut   .

  1.  Mewajibkan setiap kapal  pedagang mendapatkan pas kebenaran  berdagang di Melaka . 
  2.  Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri -negeri Melayu ( terutama di Perak ,Selangor dan  Sungai Ujong ) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu . 
  • Ketika menduduki Melaka , Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abab ke -17 hingga ke-18 .Dagangan timah sememangnya sangat berkembang pada era ini .Pedagang Cina dikatakan amat meminati  timah-timah dari Tanah Melayu yang disebut lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari Barat .

Bangunan Stadhuys di Melaka