Dutch National Song

Saturday 19 September 2015

belanda di selangor



      Belanda di Selangor

  • Semenjak pemerintahan Sultan Selangor yang  pertama ( Raja Lumu/Sultan Salehuddin ) , Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar -saudagar , terutama bagi membeli timah . Sememangnya mulai tahun-tahum 1760-an lagi , Kuala Selangor telah mula menampakkan peranan aktif sebagai tapak pengumpulan timah . Walaupun Perak telah menetapkan perdagangan timah dengan Belanda , namum pedagang-pedagang yang tidak berpuas hati dengan harganyatelah beralih ke Selangor .
  • Di Kuala Selangor , satu bahara timah dapat dijual dengan harga 38 rial . Apabila Belanda menawarkan harga 36 rial sebahara timah di Selangor , harga semasa meningkat kepada 39 rial . Belanda yang tidak berpuas hati telah menyalahkan Sultan Selangor sebagai bertanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak , Rembau dan Linggi untuk menjual timah ke Selangor . 
  • Pada tahun 1757 , Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi . Linggi sememangnya penting dari segi pengeluaran timah . Malahan , Linggi juga merupakan pengawalan yang strategik ke atas Sungai Linggi yang merupakan laluan ke Sungai Ujong dan Rembau yang juga merupakan kawasan pengeluaran timah . 
  • Dalam pertempuran tersebut , Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis . Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada tahun 1758 bahawa daerah Klang , Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda . 
  • Kebimbangan Belanda bertambah memuncak apabila Kuala Selangor mula dikunjungi oleh kapal dagang British . Pedagang-pedagang British yang pada mulanya berniaga kain dan candu , kemudiannya mula membeli hasil dagangan timah di sini . Antara kapal British yang kerap ke Kuala Selangor ialah Junk Selangor (James Scott) dan The Bloome (Francis Light) . 
  • Pada tahun 1770-an , Sultan Ibrahim (1778-1826) dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor , iaitu : 
  1. Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor kepada British dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada Belanda .
  2. Mengadakan hubungan yang baik dengan British bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka . 
  • Sultan Ibrahim juga bijak memanipulasi keadaan dengan berbaik-baik dengan pihak British . sejak dari awal , baginda sedar bahawa Belanda tidak selesa dengannya dan menuduh baginda yang bertanggungjawab mempengaruhi wilayah-wilayah pengeluar timah seperti Rembau dan Perak menjual timah melalui Kuala Selangor . Oleh itu , hubungan baik dengan British dilihat sebagai sangat signifikan kerana bukan sahaja mengatasi masalah perdagangan dan politik yang dihadapinya dengan kuasa Belanda dari Melaka , malahan dapat melindungi dirinya daripada ancaman kuasa-kuasa Melayu serantau seperti Kedah , Minangkabau dan Siak . 
  • Persaingan-persaingan ekonomi sebegini ditambah pula dengan masalah politik yang meletus antara Johor dengan Belanda yang melibatkan Selangor pada tahun 1782-1786 , akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786 . 
  • Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan , Sultan Ibrahim terpaksa memberikan monopoli dagangan timah di Selangor kepada Belanda . Perjanjian ini sempat diperbaharui pada tahun 1790 , sehinggalah kemudian Belanda keluar dari Kepualauan Melayu .
  • Pada tahun 1795 , melalui Surat-surat Kew , Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British bagi mengelakkan tanah-tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napoleon di Eropah . Apabila peperangan berakhir , British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda . 
  • Justeru , British berusaha untuk kembali mempengaruhi negeri-negeri Melayu . Persaingan antara kedua-kedua kuasa ini (Belanda dan British) memaksa memaksa mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824 dan akhirnya Melaka menjadi wilayah penguasaan British secara rasmi . 

        kedatangan Belanda ke Kuala Perak dan Kuala Selangor

No comments:

Post a Comment